The way she talks, the way she smile, the way she completes you. Cinta sejati bukan pada rupa, pada sebarang material. Cinta adalah rasa hati, rasa perasaan, ia elemen ruhani, ruhiyyah. Ia sejenis tenaga ruh, yang memegang dua ruh bersama.
Seperti tenaga nuklear kuat memegang proton dan neutron menjadi nukleus kepada atom. Nuclear bond is so strong, if you separate the nucleus pair, you will get hit by disastrous beam of light. Pisahkan dua pasang bercinta, environment dalam hubungan keluarga, persahabatan, group akan berubah jadi hitam. Hati di dalam pula jadi sakit, otak jadi jem, sel-sel dalam badan akan refuse untuk terima protein dan oksigen lama-lama berat badan akan susut, lidah jadi mandul.
Cinta Dev dan Priya, kena kita cari. Bukan dengan cara mengorat atas kapal atau menari pakai kain lembut dan ketat sampai bergegar satu kapal, tetapi dengan cara kita, cara Islam. Adik-adik akan berjumpa halangan, of course, kerja suci akan ada halangan, cinta sejati perlu ada halangan-halangan mcm video game untuk kita panjat level dia sampai habis.
1) Nafsu seks.
Halangan utama kepada cinta Dev dan Priya versi kita sendiri tak lain tak bukan nafsu. Menurut kaca mata nafsu percintaan kita berdua klimaksnya nampak pada ketika kita berdakap seperti proton dan neutron dalam nukleus atom, rapat semacam satu, dibalut selimut yang nyaman seperti elektrovalens. Joystick yang dicucuk ke USB port pula bagai ikatan ionic molekul. Molekul cinta. Tapi kita belajar di perenggan pertama, cinta adalah tenaga ruhiyyah, bukan material. Seks adalah perbuatan material. Maka nampak sekali di Jepun walau pasaran pembekal seks dan sex toys bercambahan malah halal, tahap stres, kekacauan ruhani dan bunuh diri masih tinggi.
Seperti bersembang, bergurau, berpeluk, masak sesama; seks juga termasuk perbuatan katalistik kepada cinta, tapi bukan cinta. Adik-adik di kolej, mesti tahu bezakan metholody dan objective.
Elakkan fikir tentang cinta, kahwin dan masa depan, jika ketika itu ada rasa ransangan seks timbul. You will be completely driven away from the main objective. Ibarat awak mengeluarkan kertas dan pen untuk buat perancangan berjimat-cermat dan rancang penggunaan duit gaji, tapi awak buat perkara itu di satu sudut dalam SOGO, depan poster 70% terpapar pada blaus kesukaan awak, sebelah rak blaus itu pula ada mesin ATM, kad ATM ada dalam poket.
So, awak jumpa dia untuk discuss percintaan awak berdua, awak percaya kebahagiaan rumah tangga bergantung pada cinta yang tulus dan diredai Allah. Jadi awak nak tahu pendapat dia ttg cinta sejati, awak jumpa dia. Tapi awak jumpa dia awak lepas rambut awak yg cantik tu, pakai baju kurung pula butang tak ada. Tunduk sikit, nampak cleavage awak sipi-sipi. Duduk pula berdua, tepi tasik titiwangsa terbuka duduk rapat-rapat pegang-pegang. Apa cerita?
Tatkala bercakap dengan boyfriend tentang cinta, make sure tiada ransangan berlaku, samada di telefon, di library, di bangku kafeteria, malah di skype pun. Supaya conscience awak, hati awak, iman awak, cukup clear untuk bagi rating pada percakapan dia, gaya dia, ilmu dia dsb.
Semasa awak bengang basuh baju kegemaran, kaler baju lain luntur kena di baju kesayangan, bengang tahap dewa. Datang member buat gurau bodoh, masak dia awak bambu. Tindakan awak itu dipacu emosi. Dalam kes cinta, keputusan awak untuk kekal bersama dia dipacu nafsu, keinginan pada kesedapan fizikal. That's not right, girl.
Sesetengah orang ckp, ketika marah jangan buat keputusan. Macam tu la.
2) Keliru antara karakter dan personaliti.
Ibarat buah epal, personaliti adalah kulit luaran yang merah cantik, berkilau dan tegeng. Karakter adalah isinya yang manis.
Awak akan jumpa lelaki yang berwajah stok model Brylcream, muscle tegap, percakapan pula lancar dan menghiburkan, dan awak suka. Itu kulit. Semacam pilih durian. Jangan berhenti di situ, minta brader Edi yang jual durian tu tolong kopek duri tu sikit, nak tengok, nak rasa. Kawan awak yang berpesonaliti menarik tu, teruskan berkawan dengan dia, usah berharap untuk bercinta. Sebaliknya, balas aura persona dia itu, dengan aura persona awak. Awak juga ada personaliti, bukan?
Jika ada bibit-bibit cinta terasa, jangan terpedaya terus, cuba masuk lebih dalam ke isi karakter. Gayanya yang manis itu, adakah maintain manis bila dia bengang, marah dan sentap? Cakap dia yang sopan itu, sopannya kepada semua atau untuk awak saja? Bagaimana pandangan rakan dia terhadap dia, bagaimana gelagat rakan-rakan dia, adakah mereka kuat rempit, kuat merokok, kuat tengok wayang, tengok perempuan? Alah, mereka aje macam tu, I baik. That's bullshit. Kita ni macam google plus, ada circles. Jangan bawa kawan hingar, rempit, mat dadah masuk ke dalam circle yang rapat. Letak dalam circle masing-masing yang padanya kita ubahsuai layanan kita ikut cara, ikut kaedahnya. So, awak tengok kawan2 dia yg rapat macam mana.
Apabila dia berada dalam satu-satu group, mentaliti, objektif, aktiviti, dan hala tuju group itu adalah manifestasi kepada fikiran dia.
Lama kelamaan, di dalam diari awak, awak akan ada dua jenis data atau folder untuk Iqbal din Haji Husaini, budak Kuala Selangor jurusan Mechanical Engineer yang awak suka itu, satu folder personaliti, satu folder karakter. Awal-awal, folder personaliti akan cepat penuh, lama-lama awak kena make sure folder karakter sama penuhnya.
Selama dua tahun berkawan dengan dia, awak akan kenal dia macam mana, dan dapat awak buat perimbangan dia itu sejenis lelaki yang mampu jadi suami orang atau tidak. Apakah dia mempunyai karakter manis iaitu cool, cepat berfikir lambat melatah, lebih mendengar kurang bercakap tapi sekali dia bercakap perkataan dia itu awak akan admire sampai bila-bila, perkataan dia itu awak akan retweet-retweet dalam kepala sampai lekat tepi sebelah telinga, adakah dia sejenis lelaki lambat marah, cepat pula cool down atau sebaliknya, adakah dia sensitif dengan body language kita atau bengap macam tapir. Apakah dia suka cakap tentang topik artis, perempuan sana sini, atau dia bercakap tentang solar flare, DRB beli proton, hybrid engine, krisis di bulatan Tahrir yg ramai perempuan dah kena raba kat situ sekarang dan sewaktu dengannya.
Pilih pasangan berdasakan karakter (jujur, a listener, moderate, kind) bukan personaliti (gaya, cakap, persona)
3) Beri keistimewaan terhadap pandangan orang lebih tua, rendahkan ego sendiri.
Especially pandangan mak abah, abang-abang. 50 tahun hidup, mungkin mereka tak sekolah, tapi ingat mereka berpengalaman. Ahli sains walaupun mereka pakar akan teori, tetapi mereka masih juga buat eksperimen untuk pengesahan. Mak ayah mungkin tak pandai teori, tapi eksperimen diorang hari-hari maka memang power jangan cuba main-main. So, mereka kadang-kadang nak terang something ke dalam bentuk teori selepas banyak benda mereka lihat, tapi mereka tak reti sangat. Lebih-lebih lagi nak bahaskan kepada anak dara mereka yang gemar Bebola Daging Ikea, baca Mangga, malam2 main tweeter. So, persembahan mereka nampak orthodoks, itu tak boleh ini tak boleh, janggal benor kita nak terima, tetapi... itulah nasihat terbaik dalam dunia.
Apatah lagi jika mak abah adik2 yang rata2 professional dan berpengetahuan luas. Nasihat mereka kadang-kadang pedas, tapi itulah yang terbaik untuk awak.
Mak ayah, dalam hidup diorang, tak ada orang yang paling mereka sayang kecuali anak-anak. Bila korang ada anak korang akan tahu. Abang dulu, panjat pokok, rentas sngai Kelantan, cari biji getah sampai ke sempadan Siam, kalau abang bayangkan Absyar yang buat lagu, haram abang tak bagi. Untuk orang yang paling kita sayang, for sure, kita akan beri yang terbaik, nasihat terbaik.
Sungai yang diempang, keupayaan dia bertambah bernilai, dialir pada janakuasa hidro, kuasa elektrik akan terhasil. Mak bapak yang lepas tangan, ikut saja kemahuan korang, adalah mak bapak tak guna. Nilai korang takkan bertambah, hidup korang takkan berguna. Untuk keluarkan tenaga kinetik air yang mengalir, kita kena empang dia, guide dia, shape up dia, salurkan dia ke bilah-bilah turbin lalu berhasil tenaga elektrik. Bila di biarkan hanyut, someday, kau akan rasa blur, blank, tak tahu mana nak pergi, sebab you tak ditunjuk objetif tak diajar hidup ini untuk apa. Mak bapak banyak duit, buat dia malas nak ajar anak sebab dia ada pilihan lebih senang itu kasi aja apa dia nak. Syukur mak abah kita susah, sebab mereka tiada pilihan kecuali hadkan kemanjaan kita, ajar kita apa itu susah agar kita bila besar cari sendiri apa pula itu senang.
Dalam hal cinta, dahulukan pandangan mak, ajak boyfriend dan kawan2 dia datang beraya kat rumah, mak abah diorang tengok sekilas aje. Tak payah sekilas, balik gelas air sirap tu, nampak bayang2 aje, diorang dah tahu karakter budak tu macam mana. confirm.
Awak kenal diri awak sendiri mungkin semenjak baligh, atau logiknya masa awak masuk tingkatan 5. Mak abah awak kenal awak, masa awak berumur -9 bulan lagi. They know you better, and they know who will suit you better.
4) ... tak ada dah, aku nak keluar lunch pulak. Habis masa lunch aku duk membebel dekat blog sebab semalam tengok cerita Mann. korang pulak bukan dengar pun kan, kepala batu kan? berani nak dump si dia dan balik rumah minta maaf dekat mak sebab gaduh fasal lelaki tu?

1 comments:
penat aku baca entry ko...hahaha....
ko pun habiskan masa kau membaca gak..keh3
Sumijelly.com
Post a Comment