Thursday, January 6, 2011

Cara-cara memilih suami, atau ciri-ciri lelaki pilihan...

Susah nak ulas bab ni, kena minum susu banyak-banyak agar otak segar dan subjek jelas. Ini bukan kerja main-main lalu kita boleh buat sambil melepaskan batuk di escalator, atau tulis sekadar nak buat lawak.

Ini cerita serius.

Suami itu penting. Selain untuk menentukan generasi masa depan rumah awak, suami juga tempat untuk awak bergantung, bercerita, bertangis, bertawa, berpelukan dan suamilah juga orang yang akan awak pimpin untuk ke depan berjumpa Allah kelak.

Oleh itu proses memilih suami cukup kritikal dan serius. Bahkan, selagi proses itu tak menunjukkan hasil, tak kahwin pun tak kahwinlah. Lebih baik daripada dapat suami yang buat kita sengsara dan menyesal hingga ke akhir hayat.

Memandangkan zaman ini zaman yang menyajikan dugaan yang cukup sukar, besar, durjana dan jahannam; sedikit sebanyak proses memilih suami itu turut tergugat. Apatah lagi dengan nisbah perempuan kepada lelaki yang semakin membimbangkan, itu belum tolak kaki dadah, lemah tenaga batin, peragut, suami orang (ehem), gay, dan juga lelaki yang tak berapa kelihatan seperti lelaki. Sedangkan rata-rata gadis sekarang cantik, lawa, berbudi bahasa, sopan santun, patuh dan cerdik. Nampak sangat tak seimbang di situ.

Maka, adik-adik, dengar nasihat abang ni. Pilih lelaki yang:
  1. Tak hensem dan tak juga barai sangat. Kalau hensem macam Robert Pattinson kita kasi markah 85%, dan NurShahrul Idlan Talaha kita kasi 50%, korang cari sekitar 40% ke 60% tu kita dah cukup semangat. Orang kata sedang-sedang sedap mata memandang bahkan yang sedap itu bukan sekadar di mata tetapi.... Tetapi di hati...
  2. Lelaki tak berapa hensem dia appreciate kecantikan gadis dan pada masa sama punyai elemen 'romantis' yang kuat. He may be a little bit protective, mengongkong, itu cuma reaksi atau ekspresi 'jantan' jaga hak, sempadan atau kepunyaan seperti kucing jantan pancut kencing di tayar kereta. Girls, you can manage this, you can take an easy care of a man of this kind. Most handsome man (score 80 ke atas) are self-centered, appreciate only what pleases him.
  3. Lelaki yang bersih dan kemas, dan tidak terlalu serabai, tidak terlalu kemas. Dia cekap sesuaikan pakaian ikut peristiwa dan kejadian (occasion) 
  4. Lelaki yang tak hisap rokok. Kalau dia penuhi kriteria lain, tetapi dia merokok, cuba panjangkan isu rokok merokok ini sepanjang perkenalan even selepas kahwin sampai dia fed up dan berhenti. To be both a 'passive smoker' and a wife is not a good combination, moreover to nurture your kids right from your womb. 
  5. The way he talk, shows his character. Kalau dia suka cakap fasal diri sendiri, he's not independent and egoistic. Cari lelaki yang suka bercakap/bercerita/menceritakan subjek yang selain dari dirinya. Suka cerita fasal cuaca, filem, binatang, travel dan sebagainya. Dia juga tak bercakap tentang orang lain. Content perbualan dia menunjukkan frame of interest dia di mana dan bagaimana. Hayati juga bagaimana dia express comment dia terhadap some issues.
  6. Memahami dan bertolak ansur, justeru kelihatan sangat romantik.
  7. Pilih kawan-kawan dia. Kalau kita mengenali seorang lelaki yang menawan, hensem, baik dan kita jatuh cinta tanpa ragu-ragu, tiba-tiba dia sebenarnya tak available senang cerita tunang orang. Maka sila target kawan-kawan dia. From the beginning pun bila kita berkawan dengan orang yang menawan, sila berkawan juga dengan kawan-kawan dia. Tak hensem sikit pun, cuba bagi kawan dia tu peluang mungkin he got potential to be better guy, it is just about time.
  8. Hindari lelaki yang mencarut bila terkejut atau terperanjat. What you do or think in repetition over time will become habit. If he said, mana I sengaja, tak sengaja tiba-tiba terkeluar perkataan tu, nak buat macam mana I terkejut b. That's bullshit. Itu satu statement tak boleh pakai dan merepek. 
  9. Cari lelaki di tempat-tempat ilmu, seperti masjid, gotong royong hapuskan aedes, bersihkan kubur, derma darah dan sebagainya.
  10. Kenali mak ayah dia, do some study dan research tentang dia dan keluarga dia.
  11. Solat hajat, minta petunjuk selalu.

Nak mengorat lelaki kena sabar dan kering. Usah terlalu cemburu, gelenya dan gedik. Lelaki akan tahu kalau seorang perempuan ada hati kat dia. So, awak tak payah nak cakap terus terang, just bagi hint-hint istimewa seperti hadiah harijadi, poskad, (poskad?) err, atau anything yang kita buat dia rasa special.

He will go to any length to say the three words first. The effort driven by love, definitely.

Do not put most of your energy and time in one bucket, explore other possibilities that will always increase the potential and efficiency. Jangan layan stim dan hormon hingga kita terlalu fokus/tertumpu pada seorang jejaka, izinkan diri untuk berkawan dengan semua. Dari situ kita sebenarnya berlatih menjadi seorang gadis yang disenangi semua. 

Cinta akan tumbuh seperti pokok dan menghijau dan membesar. Be patient and take a good time for it. Jangan terburu-buru bahkan fikir panjang-panjang.

Kalau ada lelaki terburu-buru ucap kata cinta. That's either fake or baseless. I can say that it is normal for a girl to say 'I love U' after one second she knows a man. Woman feels, man thinks. A good man may take forever to utter the three words. But remember, a good girl can know. Be a good girl, you will know who's the best for you.



43 comments:

Afida Anuar said...

:D

Nak ngorat laki kena sabar dan kering? kering?? errr...define kering..hehe

PS: lelaki-lelaki yang singgah dalam hidup saya, ialah lelaki-lelaki baik yang bukan jodoh saya:)

InsyaAllah..berusaha lagi. Doakan eh khairi!

.sweet-ants. said...

tips dr seorang abg yg sy rase sy boleh percaya :)
perfect!

ardinihumaira said...

awww kawe gelenye leapas ngorat.. kah3

Khairi said...

fida, kering tak meleleh. white hat. :)

dini, ish... sabor2 ye.;p

sweet.ant mudah mudahan

the sun said...

salam.

silent reader and this is my 1st comment.

saya share entri ini di iluvislam.com. harap diperkenan =P (sudah buat baru minta izin)

http://komuniti.iluvislam.com/index.php?/topic/26154-cara-cara-memilih-suami-atau-lelaki-pilihan/

Pala Maldini said...

bang, kalau ikut kriteria nko tu.. mungkin aku lulus cukup2 makan je.. err.. improve.. improve!

xara said...

hoh, terima kasih atas tips :)

BSURSICUB4 said...

i likeeeee...

Hikari said...

kesemua di atas menepati ciri2 suami saya sekarang..
auuwww.. hehehe..

starsyeea said...

weeeeeee....

the best entri iv ever read

eheks...:p

maceh bg info BERGUNA!

Hikari said...

saya paling suka kalau lelaki pakai baju shirt putih + jeans lusuh (bukan koyak) ia adalah salah satu ciri-ciri smart dan simple

MamaNasih said...

saya paling suka tips no 9. Kalau no 9 pass, yg lain pun PASti pass...
Suami saya la tu...;-)

SophRoSyNe @ cik giRang said...

so far sume criteria ni ada kat dia..
tapi mungkinkah dia orang nya?
doakan yang terbaik untuk cik giRang eh..
tima kasih.. (^_^)

hans said...

tips no 8 tu best
hahahaha

P/S : Bersama Hans di Restoran Keluarga Anda - Yankies Hut

Kujie said...

eh...macam menjawap entri terbaru - umur berapa boleh kahwin..nak backlink ke entri ni lah

Kujie said...

paling penting - biar seseorang yang sayangkan kita bukan yang kita terhegeh2 mengejar dia....

Khairi said...

Kujie, that's right. In other words, I prefer to say, don't be a hunter, be the target and raise up high to make you visible to all 'good' soul-mate searchers.

:)

Hans, :)

cik girang, insyaAllah, pray, doa... and during that particular time that your heart at the purest condition... follow it and decide.

mamanaseh... :) yg tu yg paling jarang anyway hehe.

hikari, baju putih jean biru... itu kombinasi kegemranku ;p

starsyeea, hope to suit you best :)

bsursicuba, tq~~

xara, tq~~ lama tak nampak :)

pala, yg penting kita pun ada list kita to fight for... right?

the sun, dah tengok forum tu, dan thanks for the effort. :)

mijie said...

nak cari lelaki tak susah sebenarnya...cari org lelaki yang suka kat kita...bersabar dan kaji seperti yg en khairi bagitau tu

Lee said...

setuju. entri ni terbaik.

xara said...

ada je selalu menyinggah kat blog ni.. cuma x tinggal komen. Hehe

Cheq Tun said...

tips yang sangat berguna. Ye la perempuan berhak memilih.

kalau dah jumpa kat kelab malam/kelab dangdut tu paham-paham sendiri la jenis lelaki yang macam mana kan..

yang no. 5 tu ...macam mana nak hindarkan daripada terus berhubung dengan lelaki yang terlalu banyak bercakap tentang diri sendiri, sampai orang lain tak boleh nak mencelah. aku banyak jumpa lelaki yang macam ni. Alahai..menyampah betul!

SophRoSyNe @ cik giRang said...

that's what i've done n still doing..n so far i feel positive bout us..

papepon..org yg ditakdirkan sbg pasangan kita tu adalah yg terbaik utk kita kan...

kalu dia bukan yang terbaik utk cik giRang..then he would not be the one..kalu itu ketentuanNya, cik girang terima.. (ayat pasrah & redha kunun2nya...kalu sungguh x jadik tertonggeng2 jugak layan kecewa..hek hek hek)

zu said...

hehe..menarik dan tertarik..
tapi nak cari lelaki yang senonoh dan ade kualiti tu cam payah. bukan memilih.. tapi.. hmmm, entahla..

zu,
pencinta sang lelaki 7 tahun. tunang setahun. putus. T_T

Khairi said...

somebody said, "I hate my wife, she's dumb."

his friend said, "you should thank God she is dumb."

"Why?"

"Because she is dumb she chose you!"

And Zu, my version is, I can say that he is not clever enough to 'catch' you.

Be positive, get over it and find a better man. :)

Cheq Tun said...

aku rasa kan kadang perempuan ni suka tutup mata bila dah nampak sisi jahat laki tu tp masih bertahan disebabkan faktor usia, rupa paras lelaki tu mungkin hensem +kaya.

dalam 1 filem korea ada pompuan tu kecewa dan mengeluh apsal lelaki yg dia jumpa selalu layan dia macam sampah?

then sorang laki ni balas " sebab awak yang benarkan diri awak dilayan seperti sampah" .lebih kurang begitu.

Lee Zha said...

kesian pulak bila da kawan aku crita sorang girl ni tak putus asa tagih cinta dia...

sampai suma kawan2 lam fb member aku dia add termasuk aku...

Ways|mah bt. Zakar|a.. said...

Erm...evrthg ok actually..
but then kita kna consider dgn tips no 10...

of coz la bila kita dh msuk dlm ssuatu prhubngan, kita nk yg terbaik, yg kekal..i means kawin..
wlau pa2 pn....mmg btol2 kna kaji tips 10..its mean a lot to me..
*rstu kdua ibu bapa tu amat pting..
mmpu ke kita bhgia tnpa rstu mak ayah kita, walau hakikatnya kita mmg 'cinta mati' la kt psgan kita tu...n wlaupun akan ada yg ckap, 'ala, bkn mak ayah kita yg nk kawin'...mmg la...tpi kalo kita pkir blik, pkir masa dpan..kita brkwin bkn utk smggu dua..sboleh2nya utk slama2nya...

Khairi said...

cheq tun, sy tgk ramai yg mcm tu, terpaksa makan hati sbb mahkota gadis dah diberi, diperbuat apa saja tapi tak bleh lari. kesian.

lee zha, ai dekat fesbuk aje pun buleh? ish...

waysimah, perkahwinan itu di antara dua keluarga, mmg susah bila byk kepala. especially masa nak kenduri. Mak nak mcm tu, mak sedara dia nak mcm ni, kita nak sederhana terpaksa ikut itu ini. kalau boleh manage mende2 ni mmg bagus. :)

Anonymous said...

hahahaha...klako2..ko cube nk bg balancing ar..kunun2 ko power dlm wat penilaian,hahaha..wat a bullshit...aku bg satu je..pompuan kalo usar laki..mmg akan jadik amba..sbb tu dl2 org laki yg akan pikat pompuan..dan org laki yg suke pompuan tuh akan lebih..protect dier punye gulrs..pompuan nk pikat laki..smpi mati la..kene kencing..laki bukan bodoh beb..yg baik(ader tp hipokrit n perasaan bagus cam ko la)..pastu pompuan pn mmg bodoh..gi la carik yg sempurna..korang kan makhluk2 sempurna(lesbian,kaki disko,kaki minum,berpoye2,seksi2,kain tak cukup,....)

Khairi said...

anon, lerrr... kau ada masalah ke? ckp lelaki bukan bodoh beb... tp awat komen mcm org bodoh aje? just show yourself.

Cik Tata said...

Mr Khairi, info terbaik sbb penuh dgn analisa berat. Boleh saya copy paste entry ni and put it on my blog? :)) nak bg kengkawan pumpuan saya baca. Sbb ada antara diorg yg selalu rasa they have no choice in term pumpuan takde kuasa utk memilih lelaki :(

to anoy kat atas tu, dia tak belajar tinggi. akal dia cetek tak mampu nak analisa maklumat secara berilmiah.

Thx!

Khairi said...

cik tata, buleh... :)

Anonymous said...

hahaha..baik ko takyah buat blog kalo takleh terime komen org..sape yg bodoh nie...ko pn same cik tata..mmg takkan kawin la ko..silap ruper nyer aku termasuk dlm blog bdk2 poser rupe nyer..org nk buat blog,dier nk jugak..hahahaha...baik korang g kedai kopi same2 korang bincang la same sendiri pastu tak maju2..hahahha jgn marah ar,kalo dh bodoh tu bodoh gak leee...hahahha

Khairi said...

eh, ada lg dia. bagus2.

komen kau diterima, aku tak delete pon, cuma aku reply aje. xsalah kan, eh ni blog aku ke blog kau?

orang kata, kita ada otak, jadi bila nak bercakap, sila pakai otak. kalau rasa offended, sila cermin diri. tak payah nak merepek tak tentu fasal.

Khairi said...

ceh, patut ler. budak2 rupenye hehe.

Anonymous said...

hahahha...best ar..ingat nk kawan ar ngan ko..kiter cam ader chemistry lak..hahahha..mmg aku bdk2..hahahha..saje nk merepek2...weh,aper2 pn kalo ko ader idea yg best2 post ar lg..leh aku tambah knowledge..kalo tak best aku bantai je ar...hahahha

Khairi said...

ANon? Faeizx?

Well, that should be fine. Cuma, ms blogwalking tu, kalo first time kat blog orang, jgn ler komen mcm gitu. Teraso benar tuan punya blog tu. Kalau depan2, dah berdarah hidung kau tu.

tak bek bodoh2kan orang. blog ni mcm2. tulis mcm2. kalau rasa mcm tak masuk, ruang komen ada utk tulis bebaik, kan?

note: tulih bebaik.

happy blogging!

Pojiepooh Abdullah said...

Cool! Nak sahre kat blog la nanti..
Mana tau ada ciri2 ada yang menanti ;p

PojiePooh; Hanya Satu...

Khairi said...

Pojiepooh, dipersilakan... :)

SaEidah SyamIelah said...

Assalamualaikum, khairi,,

entry y menarik,,
sememangnya ciri2 yang melatah dn menyebut perkataan y tidak elok,,
sememangnya tdk dpt diterima,,

jika alasannya dia tk sengaja,, atau dh terbiasa,, maka kita
mempunyai pilihan sama ada mahu mengubahnya ke arah y lebih baik atau berada di takuk y lama..

yang benar,
bukanlah diri ini y terbaik..

Fathiah Farid said...

menariknye..tp mcm mn kalau ade lelaki tu jenis yg tak suke bckap psl diri die n psl bnda lain?kdg2 rasa mcm dia perahsia sgt..mcm mn ye?

Encik Khairi said...

Berahsia?

Hmmm... sesetengah orang, mmg 'shoutbox' dia kecik, 'diari' dia besar. Ya, less talk.

Dia suka ckp pasal benda lain tu fasal apa? kalo bleh bgtau... :)

fasal diri dia, maybe awk boleh tanya, dan prepare for the consequences lah, sbb drp hal itu, dia akan detect awk suka dia.

ke mmg da kapel??

pantai_xx said...

good tips...thank for sharing...

ARKIB