Thursday, January 26, 2012

Simbol cinta Dev dan Priya. Bagaimana mencari cinta sejati?

The way she talks, the way she smile, the way she completes you. Cinta sejati bukan pada rupa, pada sebarang material. Cinta adalah rasa hati, rasa perasaan, ia elemen ruhani, ruhiyyah. Ia sejenis tenaga ruh, yang memegang dua ruh bersama.

Seperti tenaga nuklear kuat memegang proton dan neutron menjadi nukleus kepada atom. Nuclear bond is so strong, if you separate the nucleus pair, you will get hit by disastrous beam of light. Pisahkan dua pasang bercinta, environment dalam hubungan keluarga, persahabatan, group akan berubah jadi hitam. Hati di dalam pula jadi sakit, otak jadi jem, sel-sel dalam badan akan refuse untuk terima protein dan oksigen lama-lama berat badan akan susut, lidah jadi mandul.

Cinta Dev dan Priya, kena kita cari. Bukan dengan cara mengorat atas kapal atau menari pakai kain lembut dan ketat sampai bergegar satu kapal, tetapi dengan cara kita, cara Islam. Adik-adik akan berjumpa halangan, of course, kerja suci akan ada halangan, cinta sejati perlu ada halangan-halangan mcm video game untuk kita panjat level dia sampai habis.

1) Nafsu seks.

Halangan utama kepada cinta Dev dan Priya versi kita sendiri tak lain tak bukan nafsu. Menurut kaca mata nafsu percintaan kita berdua klimaksnya nampak pada ketika kita berdakap seperti proton dan neutron dalam nukleus atom, rapat semacam satu, dibalut selimut yang nyaman seperti elektrovalens. Joystick yang dicucuk ke USB port pula bagai ikatan ionic molekul. Molekul cinta. Tapi kita belajar di perenggan pertama, cinta adalah tenaga ruhiyyah, bukan material. Seks adalah perbuatan material. Maka nampak sekali di Jepun walau pasaran pembekal seks dan sex toys bercambahan malah halal, tahap stres, kekacauan ruhani dan bunuh diri masih tinggi.

Seperti bersembang, bergurau, berpeluk, masak sesama; seks juga termasuk perbuatan katalistik kepada cinta, tapi bukan cinta. Adik-adik di kolej, mesti tahu bezakan metholody dan objective.

Elakkan fikir tentang cinta, kahwin dan masa depan, jika ketika itu ada rasa ransangan seks timbul. You will be completely driven away from the main objective. Ibarat awak mengeluarkan kertas dan pen untuk buat perancangan berjimat-cermat dan rancang penggunaan duit gaji, tapi awak buat perkara itu di satu sudut dalam SOGO, depan poster 70% terpapar pada blaus kesukaan awak, sebelah rak blaus itu pula ada mesin ATM, kad ATM ada dalam poket.

So, awak jumpa dia untuk discuss percintaan awak berdua, awak percaya kebahagiaan rumah tangga bergantung pada cinta yang tulus dan diredai Allah. Jadi awak nak tahu pendapat dia ttg cinta sejati, awak jumpa dia. Tapi awak jumpa dia awak lepas rambut awak yg cantik tu, pakai baju kurung pula butang tak ada. Tunduk sikit, nampak cleavage awak sipi-sipi. Duduk pula berdua, tepi tasik titiwangsa terbuka duduk rapat-rapat pegang-pegang. Apa cerita?

Tatkala bercakap dengan boyfriend tentang cinta, make sure tiada ransangan berlaku, samada di telefon, di library, di bangku kafeteria, malah di skype pun. Supaya conscience awak, hati awak, iman awak, cukup clear untuk bagi rating pada percakapan dia, gaya dia, ilmu dia dsb.

Semasa awak bengang basuh baju kegemaran, kaler baju lain luntur kena di baju kesayangan, bengang tahap dewa. Datang member buat gurau bodoh, masak dia awak bambu. Tindakan awak itu dipacu emosi. Dalam kes cinta, keputusan awak untuk kekal bersama dia dipacu nafsu, keinginan pada kesedapan fizikal. That's not right, girl.

Sesetengah orang ckp, ketika marah jangan buat keputusan. Macam tu la.

2) Keliru antara karakter dan personaliti.

Ibarat buah epal, personaliti adalah kulit luaran yang merah cantik, berkilau dan tegeng. Karakter adalah isinya yang manis.

Awak akan jumpa lelaki yang berwajah stok model Brylcream, muscle tegap, percakapan pula lancar dan menghiburkan, dan awak suka. Itu kulit. Semacam pilih durian. Jangan berhenti di situ, minta brader Edi yang jual durian tu tolong kopek duri tu sikit, nak tengok, nak rasa. Kawan awak yang berpesonaliti menarik tu, teruskan berkawan dengan dia, usah berharap untuk bercinta. Sebaliknya, balas aura persona dia itu, dengan aura persona awak. Awak juga ada personaliti, bukan?

Jika ada bibit-bibit cinta terasa, jangan terpedaya terus, cuba masuk lebih dalam ke isi karakter. Gayanya yang manis itu, adakah maintain manis bila dia bengang, marah dan sentap? Cakap dia yang sopan itu, sopannya kepada semua atau untuk awak saja? Bagaimana pandangan rakan dia terhadap dia, bagaimana gelagat rakan-rakan dia, adakah mereka kuat rempit, kuat merokok, kuat tengok wayang, tengok perempuan? Alah, mereka aje macam tu, I baik. That's bullshit. Kita ni macam google plus, ada circles. Jangan bawa kawan hingar, rempit, mat dadah masuk ke dalam circle yang rapat. Letak dalam circle masing-masing yang padanya kita ubahsuai layanan kita ikut cara, ikut kaedahnya. So, awak tengok kawan2 dia yg rapat macam mana.

Apabila dia berada dalam satu-satu group, mentaliti, objektif, aktiviti, dan hala tuju group itu adalah manifestasi kepada fikiran dia.

Lama kelamaan, di dalam diari awak, awak akan ada dua jenis data atau folder untuk Iqbal din Haji Husaini, budak Kuala Selangor jurusan Mechanical Engineer yang awak suka itu, satu folder personaliti, satu folder karakter. Awal-awal, folder personaliti akan cepat penuh, lama-lama awak kena make sure folder karakter sama penuhnya.

Selama dua tahun berkawan dengan dia, awak akan kenal dia macam mana, dan dapat awak buat perimbangan dia itu sejenis lelaki yang mampu jadi suami orang atau tidak. Apakah dia mempunyai karakter manis iaitu cool, cepat berfikir lambat melatah, lebih mendengar kurang bercakap tapi sekali dia bercakap perkataan dia itu awak akan admire sampai bila-bila, perkataan dia itu awak akan retweet-retweet dalam kepala sampai lekat tepi sebelah telinga, adakah dia sejenis lelaki lambat marah, cepat pula cool down atau sebaliknya, adakah dia sensitif dengan body language kita atau bengap macam tapir. Apakah dia suka cakap tentang topik artis, perempuan sana sini, atau dia bercakap tentang solar flare, DRB beli proton, hybrid engine, krisis di bulatan Tahrir yg ramai perempuan dah kena raba kat situ sekarang dan sewaktu dengannya.

Pilih pasangan berdasakan karakter (jujur, a listener, moderate, kind) bukan personaliti (gaya, cakap, persona)

3) Beri keistimewaan terhadap pandangan orang lebih tua, rendahkan ego sendiri.

Especially pandangan mak abah, abang-abang. 50 tahun hidup, mungkin mereka tak sekolah, tapi ingat mereka berpengalaman. Ahli sains walaupun mereka pakar akan teori, tetapi mereka masih juga buat eksperimen untuk pengesahan. Mak ayah mungkin tak pandai teori, tapi eksperimen diorang hari-hari maka memang power jangan cuba main-main. So, mereka kadang-kadang nak terang something ke dalam bentuk teori selepas banyak benda mereka lihat, tapi mereka tak reti sangat. Lebih-lebih lagi nak bahaskan kepada anak dara mereka yang gemar Bebola Daging Ikea, baca Mangga, malam2 main tweeter. So, persembahan mereka nampak orthodoks, itu tak boleh ini tak boleh, janggal benor kita nak terima, tetapi... itulah nasihat terbaik dalam dunia.

Apatah lagi jika mak abah adik2 yang rata2 professional dan berpengetahuan luas. Nasihat mereka kadang-kadang pedas, tapi itulah yang terbaik untuk awak.

Mak ayah, dalam hidup diorang, tak ada orang yang paling mereka sayang kecuali anak-anak. Bila korang ada anak korang akan tahu. Abang dulu, panjat pokok, rentas sngai Kelantan, cari biji getah sampai ke sempadan Siam, kalau abang bayangkan Absyar yang buat lagu, haram abang tak bagi. Untuk orang yang paling kita sayang, for sure, kita akan beri yang terbaik, nasihat terbaik.

Sungai yang diempang, keupayaan dia bertambah bernilai, dialir pada janakuasa hidro, kuasa elektrik akan terhasil. Mak bapak yang lepas tangan, ikut saja kemahuan korang, adalah mak bapak tak guna. Nilai korang takkan bertambah, hidup korang takkan berguna. Untuk keluarkan tenaga kinetik air yang mengalir, kita kena empang dia, guide dia, shape up dia, salurkan dia ke bilah-bilah turbin lalu berhasil tenaga elektrik. Bila di biarkan hanyut, someday, kau akan rasa blur, blank, tak tahu mana nak pergi, sebab you tak ditunjuk objetif tak diajar hidup ini untuk apa. Mak bapak banyak duit, buat dia malas nak ajar anak sebab dia ada pilihan lebih senang itu kasi aja apa dia nak. Syukur mak abah kita susah, sebab mereka tiada pilihan kecuali hadkan kemanjaan kita, ajar kita apa itu susah agar kita bila besar cari sendiri apa pula itu senang.

Dalam hal cinta, dahulukan pandangan mak, ajak boyfriend dan kawan2 dia datang beraya kat rumah, mak abah diorang tengok sekilas aje. Tak payah sekilas, balik gelas air sirap tu, nampak bayang2 aje, diorang dah tahu karakter budak tu macam mana. confirm.

Awak kenal diri awak sendiri mungkin semenjak baligh, atau logiknya masa awak masuk tingkatan 5. Mak abah awak kenal awak, masa awak berumur -9 bulan lagi. They know you better, and they know who will suit you better.

4) ... tak ada dah, aku nak keluar lunch pulak. Habis masa lunch aku duk membebel dekat blog sebab semalam tengok cerita Mann. korang pulak bukan dengar pun kan, kepala batu kan? berani nak dump si dia dan balik rumah minta maaf dekat mak sebab gaduh fasal lelaki tu?

Wednesday, January 25, 2012

Memilih suami lebih penting daripada memilih isteri? @ kehelan.blogspot.com

Hehe. Tadi, seperti biasa masuk blog Kay apabila nampak blog dia jump ke first spot dalam blog list. Dan seperti biasa bila ada cadangan-cadangan tak balance antara lelaki dan perempuan, aku akan masuk campur untuk pertahankan lelaki. Well, biasalah tu.

Katanya;


Ooooookey, mari kita tengok kata-kata manis ini. Lelaki tidak harus meletakkan piawaian tinggi untuk pilih calonnya? Maksudnya, cukup tangkap muat? Asal berjantina perempuan, dikira on?

Dan gadis pula kena memilih, kena cerewet. Tak hensem sikit, tak mau. Capek sikit, tak mau. Perangai nakal sikit, sosial sikit, tak mau. Calon IMAM saya mestilah hebat, beriman, dan tahu segala hal agama.

Hmm... betul ke?

Sebenarnya, jika awak solat berjemaah dua orang, jarak imam dan makmum awak tengok macam mana? Sama tak macam jarak solat jemaah ramai-ramai di masjid? Tak ada. Bila solat berdua, imam ke depan sikit aje. Makmum dekat di sebelah kanan, hampir selari. Bila bergerak, rukuk, sujud, akan bergesel. Jadi aku jawab di kotak komen Kay.

Lelaki ke perempuan ke, sama aje kan. Sejauh mana lelaki berusaha mencari isteri terbaik, adik-adik gadis yang selalu baca blog kubakoya dan pening dengan teori big bang tu semua pun kena berbuat usaha yang sama beratnya. Pilih betul-betul. Abang Khairi pernah kan post cara-cara nak pilih suami. Cuba tengok.

Tambahan di sini, yang paling penting adalah keserasian antara awak berdua. Itu saja. Sebab itu dalam tempoh pertunangan, awak berdua dah boleh start kongsi apa minat, apa kelemahan, di mana selalu masa dihabiskan, juga yang paling penting apa pandangan masing-masing dalam bidang agama, politik, kekeluargaan, morality dan alam sekitar. Jelas sekali ini semua untuk menguji, awak dengan tunang awak tu serasi atau tidak.

Ketika bersahabat di kolej pun dah boleh start kan? Jaga batas aje okey.

Ramai gadis baik-baik seperti awak konfius. Antara dua orang lelaki. Lelaki A awak suka sebab kacak dan mendapat markah tinggi dalam hati awak semata-mata kerana personaliti. Personaliti adalah sifat luaran okey, seperti gaya, aktiviti, paras rupa, dan percakapan. Seorang lagi lelaki, B, awak bersahabat rapat dengan dia, sangat rapat sebab lelaki ini baik, memahami, jujur (termasuk bila dia kutuk awak sejujurnya kaw-kaw) dan kadang-kadang rasa macam magik bila dia tu macam boleh expect apa yang bakal awak buat.

"Macam mana awak tahu saya kat sini? Isk," Awak menangis di perpustakaan tingkat tiga, tempat buku-buku ensaiklopedia.
"Saya tahu, awak akan ke sini bila sedih." Jawabnya tenang.

Awak suka dia, tapi dia kurang dari segi rupa atau status kewangan. Tidak seperti lelaki A yang digilai ramai gadis. Termasuk awak.

Now, si B kejar awak, awak pula suka A. Awak konfius. Andai kata lelaki A pada suatu hari melamar awak, confirm awak akan terima si A dengan sengih sebesar sampan. Ketika itu, percayalah, awak telah buat silap paling besar dalam hidup awak. Mungkin awak sendiri lemah iman, suka tengok K-pop, lantas, nafsu telah berjaya menipu conscience awak.  Entiti dalam diri awak yang sukakan B adalah conscience, yang suka kat A itu nafsu.

Memilih pasangan sangat penting beb, maha penting. Di dalam hidup ini, itulah keputusan paling penting, tak ada yang lain. Dek sebab itu majlis perkahwinan kita sebegitu meriah. Kalau silap, fuh, ...

Pernah tengok orang main golf. Apabila bola masuk ke dalam pasir atau air. Nampak begitu besar jarak silapnya, bukan. Tapi sebenarnya, silap yang pemain golf itu buat sikit saja. Dia cuma terbabas 0.006 sentimeter saja ketika menghayun kayu golf. Sikit saja.

The moment awak buat silap ketika remaja, awak nampak macam sikit saja. A dan B, tak banyak beza, masing-masing ada kelebihan, dan A 'nampak' lebih mempersona. So, apa salah kalau saya pilih A?

At that particular moment, awak memang tak perasan. Macam pemain golf. Ketika dia pukul tu, ralat sebanyak 0.006 cm tu dia tak perasan, tapi tengok bila bola tu mulai bergerak ke depan. sikit demi sikit dia nampak bola tu mulai melencong dan masuk ke dalam pasir. Selepas berkahwin, sikit demi sikit awak akan dapat lihat apa salah yang telah awak buat.

At that time, nasi dah jadi bubur. Sejahat mana pun suami awak, awak kena hidup dan tidur dengan dia. Tiap-tiap hari makan hati. Ramai orang termenung tepi jendela, berharap perkara yang sia-sia. Masa takkan boleh diputar kembali, dan memikirkan hari-hari mendatang yang menjanjikan kekecewaan, adalah satu seksa dunia yang paling perit untuk diterima.

Jadi, sekali saja dengarlah nasihat abang, ketika memilih boyfriend/girlfriend, buatlah pilihan dengan sebaik mungkin. Tolong baca buku self help, untuk bezakan antara naluri suci awak, dan nafsu. Jangan sesekali beri peluang nafsu beri cadangan, conscience pula senyap. Cadangan nafsu for sure nampak sedap, tapi for a long run, you will see.

Apabila awak berdua kawin, awak berdua akan melakukan hubungan intim. Sedapnya sekejap. Yang paling penting, awak berdua akan mula synchronize. Masing-masing akan take up sifat-sifat pasangan dia. Lama-lama, apabila osmosis antara awak berdua mulai tepu, awak berdua akan jadi orang baru. Ada yang 180 darjah berbeza, ada yang maintain. Yang maintain itu adalah mereka yang awal-awal lagi, sebelum kawin, dah cukup serasi. Awak berdua match up each other.

Dan ketika itu, awak berdua akan nikmati cinta sejati... forever.

Friday, January 20, 2012

Baca blog Farah Lee, isteri Ally Iskandar, buat aku rasa mahu kahwin lagi sekali hehe.

Alim, cerdik... cantik. Korang yang masih single (jantan), jadikan Farahin Lee sebagai benchmark untuk cari calon isteri. Mengenali Farah Lee melalui blog dia, perasaan aku kembang setaman dan hati aku congratulate Ally Iskandar berbakul-bakul.

Semoga pasangan pengantin glamour ini kekal bahagia. Now, bujangs-bujangs, like the page, cari geng-geng Farah dekat situ, follow blog dia, tengok pengomen-pengomen dia, maaaana la tahu jodoh korang terselit kat situ... kan?







Kakak siti masuk TV3, tiga anak sakit mental. Apa rasa jika kita diduga seperti akak ni.

Pernah tak korang rasa pada suatu masa, korang rasa hidup ni susah gila. Duit takde. Muka tak hensem. Masalah banyak sedangkan otak pula lembab sebab asyik fikir apsal la duit tak ada dan muka pula tak hensem. Rasa macam nak bunuh diri.

Tunggu sekejap. Cuba baca blog kakak ni. Dia dah berkahwin, ada tiga orang anak. Hidup sederhana dengan suaminya yang kerja dekat TI, Texas Instrument mungkin. Semua anak dia dilahirkan cacat mental, tidak normal seperti kanak-kanak lain. Suka baling barang dan mengamuk. Kerja dia dan suami pula biasa. Dan pada masa sama, dia sendiri menghidap barah, dan sekarang sedang menjalani kemotrapi.

Dan fakta-fakta ni aku cuba gaul-gaulkan dan masukkan ke dalam kasut aku sendiri... fuh... Tuhan... what can be worse than that?

Dan dia cerita hari-hari dia jalani kemoterapi, sambil melayan anak-anak yang ditakdirkan Allah tidak sempurna. Pukul satu pagi semalam aku layan post2 dia. Syahdu gila.

Allah tidak lupa. Allah tidak mengantuk. Lahirnya anak-anak manusia mulia dengan keadaan cacat, bukan sebab Allah salah uli, atau salah bancuh dagingnya. Tapi, telah Allah katakan penciptaan dunia fana ini berkadaran, berpasangan, dan untuk ujian kita semua. Ia dibuat seimbang, agar membentuk satu struktur kehidupan yang berlangsung hingga masa yang telah ditetapkan, sebagai tempat kita bermain, mengumpul harta dan beranak pinak.

Penciptaan ini ibarat pokok. Ada kebarangkalian sel itu membentuk akar, dan sekadarnya, ada juga sel akan membentuk bunga. Tanpa akar yang busuk, bunga takkan kembang cantik. Ini adalah satu sistem kehidupan. Dan dalam mempelbagaikan sosiologi dan kepelbagaian fungsi manusia, takdir untuk manusia juga punyai quota untuk manusia yang cemerlang, juga malang, dan kepelbagaian ini diciptakan untuk kita saling melengkapi, dan menyeimbangi.

Kalau semua manusia sama cantik, apakah ketika itu kecantikan akan ada value? Kalau semua mahu jadi CEO, siapa pula nak jadi tukang sapu? Takkan CEO sapu permis perniagaan dia sendiri?

Quota manusia cemerlang/sederhana itu telah ditulis, ia tetap. Namanya quota. Kajian, idea dan kefahaman pada proses ini bukan untuk tunjuk lagak. Tapi manisnya apabila kita dapat buka hati orang untuk berfikir secara total, secara general, berfikir untuk semua tiada self centric, dan sedar hidup kita sebegini, hari ini adalah hasil komunikasi antara semua elemen-elemen yang ada pada langit dan bumi.

Ibarat sebatang pokok, satu sel di hujung daun akan mati jika satu atau lebih sel di hujung akar mati. Juga. Ibarat jaringan graviti galaksi yang maha besar, jika suhu genting atom hidrogen masa inflation dulu kurang 0.0001 darjah, bumi dan matahari takkan terbentuk. Allah tetapkan parameter pada masa beratus juta tahun dulu, untuk seimbangkan proses kejadian saat sekarang.

Dengan proses sama...

Jika kebarangkalian kecacatan anak kakak di atas tidak menimpa mereka, ia akan menimpa anak orang lain, mungkin anak kita, mungkin juga anak saudara kita yang hasilan daripada itu adalah satu perjalanan hidup yang tidak lagi sebaik sekarang. Apabila kita sedar akan quota ini, perkaitan ini, kita kena rasa bertanggungjawab untuk kongsi rasa susah, sedih dan sakit beliau. Berasa berterima kasih, dan syukur kerana 0.1% kebarangkalian malang yang cukup hebat itu ditanggung oleh orang yg sangat tabah. Kalau 0.1% kebarangkalian itu kena dekat  kita... tak boleh dibayangkan.

Kita menyelusuri mantik kejadian, untuk bersyukur untuk bersabar, berlapang dada dan mengira usaha. Dari pattern kejadian inilah kita berusaha cari ubat, lakukan kemoterapi, dan sebagainya. Kerana setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.

Buat kakak siti, aku berharap kakak akan tabah, dan demikian susahnya kakak di dunia... mustahil kakak akan disusahkan lagi Allah di akhirat nanti. Hati kakak baik, tabah, saya telah baca. Dan saya berdoa sebaik-baik tempat kembali ada untuk kakak sekeluarga, satu kehidupan yang sebenar-benarnya di sana nanti.

Thursday, January 19, 2012

Dia nak anak perempuan, tapi dapat anak lelaki, lalu dia potong punai anak dia itu... Apakah sebenarnya yang membentuk sistem fikiran kita?

Seorang emak di China, aku rasa dia gila isim, meroyan nakkan anak perempuan, tetapi yang diberanakkan pula lelaki. Lalu dia kecewa dan memotong punai anak dia yang baru berusi lima bulan itu. Aku bajet kalau dia scan dulu kandungan dia, awal-awal lagi dia dah gugurkan tu.

Apa yang menarik, di China yang mengamalkan quota anak/famili, hampir semua pasangan berkahwin mahukan anak lelaki sebagai pembawa keturunan juga 'surname' keluarga. Namun, dalam keadaan macam tu pun, Xiao Meng, 23 tahu, mahukan anak perempuan.

Apa yang sebenarnya membentuk citarasa Xiao Meng itu? Apa yang membentuk alam fikirannya yang bertentangan itu? Sama juga, dalam banyak-banyak benda yang kita dengar, baca, tengok, faham, apakah yang menjadi bahan utama membentuk paradigma otak kita?

Jiran kita sokong UMNO, kita pula sokong PAS, perbezaan itu asal usulnya dari mana? Kamu menyukai kuliah Ustaz Azhar Idrus, aku juga menyukai kuliah Ustaz Azhar Idrus, tapi kamu fanatik akan dia, aku pula tidak, apa yang membezakan?

Apa sebenarnya yang kita guna untuk attest, atau sahkan, sesuatu benda yang kita baca, dengar dan lihat itu benda betul, sebenar atau hakikat. Untuk benda straight forward macam epal hijau itu masam, kita guna deria rasa saja. Bagaimana pula untuk benda-benda kompleks seperti teori konspirasi? Politik kepartian? Keagamaan? Teori-teori sains vs Islam? Iluminati? Dan benda-benda lain yang terlalu akademik, payah, sukar difahami, dan cukup kompleks. Yang korang tak ada masa, kapasiti, atau tenaga untuk meng'PhD'kan diri korang dalam bidang tersebut, tapi korang kena juga pilih mana yang betul, salah.

Jawapan senang dia ada. Tak payah pilih, tak payah study, sebab tak ada maknanya pun. Tapi pada sudut lain, hal ini perlu.

Apa yang tulis berdasarkan apa yang aku baca, fahami dan pilih pada konsep atau hipotesis berkaitan evolusi, teori big bang, dan sebagainya HANYALAH idea, atau material-material latihan otak. Benda yang tak memberi sebarang kesan pada akhlak dan tindakan korang di hari esok, atau seminit selepas ini. Benda-benda ini di luar circle of influence korang.

Big Bang itu sendiri aku telah umpamakan ibarat 0 Kelvin state, yang dalam praktikal, tak wujud. Ianya extrapolation. Dalam the brief history of time, Prof Stephen Hawking sendiri tulis, Big Bang adalah hipotesis, iaitu teori, ia boleh jadi betul wujud, boleh jadi tidak. Ianya adalah titik fizik = 0, atau fizik gagal. Yang mana, ia adalah penghujung ekstrapolasi graf ruang-masa. Boleh jadi Allah ciptakan dunia ini pada satu masa, kemudian Dia jadikan bintang, dark holes dan galaksi sebegitu rupa untuk sibukkan manusia mengkaji entah ke mana-mana sampai ke 12 billion tahun dahulu, walhal umur dunia hanyalah 500 juta tahun sahaja. Hubble mungkin salah, COBE mungkin salah. Yang penting, salah dia tu tang mana. Lepas tu, apa yang betulnya? Itu yang buat pembelajaran kita menarik.

Evolusi pun begitu, Ia adalah teori yang student medic belajar dan juga gunakan untuk kenalpasti kanser, genetik mutation, dan selesaikan pelbagai masalah kecacatan manusia. Teori ini juga membawa kepada kajian DNA dan cara untuk mengenal pasti mayat, kenal pasti waris saudara, juga untuk mengetahui pemilik air mani di dalam dubur seseorang walaupun selepas dikemam selama dua hari. Dan teori evolusi juga menyokong ayat-ayat Al-Quran untuk menyedarkan manusia-manusia yang bongkak bahawa janganlah sombong sangat, sedar-sedar lah diri kau tu siapa. Manusia itukan diciptakan dari air memancut yang hina saja? kata Quran. Dan kata Quran lagi,



And among people and moving creatures and grazing livestock are various colors similarly. Only those fear Allah , from among His servants, who have knowledge. Indeed, Allah is Exalted in Might and Forgiving.

Dan demikian pula di antara manusia, binatang-binatang yang melata dan binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.

Mengapa manusia yang mulia dikumpulkan bersama-sama binatang dan lembu? Dan pada kumpulan ini (yang dianggotai manusia, babi, beruk, tapir, lipan, anjing dan lembu) Allah suruh kita study mengapa lain jenis dan warnanya. Fuii... korang tak meremang ke bulu roma baca ni? Aku terasa siot.

Evolusi, General Relativity, Plasma Based life, Terrestrial (alien) dan sebagainya ini adalah kajian ilmu, yang berfaedah untuk kita ambil tahu, ambil pengajaran. Kesan akhirnya pada butir cakap kita, pada buah fikiran kita.

Yang jadi masalah bila idea-idea sebegini mempengaruhi tindakan seseorang manusia secara direct, literal. Jenis pak hangguk yang bodoh.

Contoh teori konspirasi yahudi dan iluminati. Ada yang terlalu taksub percaya sampai semua benda dia nampak ada unsur masons. Sampai di sejadah pun ada logo iluminati sengaja dilukis oleh orang yahudi untuk sesatkan orang Islam ketika sembahyang, apatah lagi di TV3, kulit album Search, duit syiling baru dan sebagainya. Ada yang taksub dengan cerita-cerita wali, cerita tahyul, cerita dongeng sehingga platform agamanya bergantung pada hal sebegitu, lalu dia kaitkan kebesaran Allah dengan pokok menangis, awan berbentuk alif lam lam haa, pokok rukuk, daging ada tulisan dan sebagainya. Lalu dia simpan semua benda tahyul tu untuk kuatkan iman. Ada yang taksub dengan UMNO dengan TV3, yang bila PM kata BR1M itu bukan bertujuan politik tapi untuk mengurangkan beban rakyat, secara magis.... dia percaya 100%. Dan kesan dia, dia undi parti yang tidak sepatutnya memerintah, yang sepatutnya diberikan kerusi pembangkang biar dirasa, biar dia restructure balik organisasi dia untuk kekal relevan di PRU 2018.

Kita juga kadang-kdang disibukkan berfikir benda-benda tak guna, sampai lupa fungsi kita sendiri. Terlalu sibuk pada circle of concern, lupa dengan circle of influence.

Pelbagai faktor telah mempengaruhi pemikiran manusia. Geografi, keturunan, kenegaraan, skrip ajaran agama, pengalaman awal kanak-kanak, pergaulan, bahan bacaan, bahan tontonan, filem, dan banyak lagi. Justeru, apakah asas yang kita guna untuk menilai benda-benda ni semua? Setiap benda yang masuk ke dalam otak kita melalui mata, mulut, telinga, hidung dan kulit, apakah mekanisme yang kita guna untuk menapisnya? Supaya idea itu mahu kita adaptasi pada pola fikiran dan tindakan.

Apakah atas dasar yang pengaruh, asal datang mulut Tuan Guru Nik Abdul Aziz saja, korang percaya?
Apakah atas dasar idola, asal Justin Bieber suka, korang pun jadi suka?
Apakah atas dasar politik kepartian, apa yang penceramah PAS cakap semua betul, TV3, Utusan, orang UMNO cakap semua salah, bangkai, tahi?

Korang khalifah, khalifah tak boleh jadi pak turut. Khalifah kena ada sistem perkasa dalam otak dia untuk timbang tara semua elemen-elemen luaran. Macam kastam di KLIA.

Cara terbaik untuk bina satu sistem penapisan ultra efisien dalam minda kita, yang aku faham, adalah dengan cara populasi sampling. Dalam mata pelajaran biologi, kita belajar cara-cara nak sampling jenis dan kepadatan populasi rumput di padang sekolah.

Analoginya. Dalam kesibukan tugas harian, cuba-cuba cari masa untuk baca bahan karut-karut kat atas. Sejam, dua jam sehari untuk buat 'sampling'. Aku kata sampling sebab dalam 24/7 tak semua buku mampu kita baca, faham? Buku, atau sample ilmu yang kita tengok, dengar dan tonton itu mungkin salah, mungkin betul, does not matter, kerana sampling tak boleh bias. Nak lempar relung sampling kat padang dulu, korang ingat tak, kena lempar ikut belakang supaya adil. Kalau baling ikut depan, nanti korang pilih populasi rumput tinggi-tinggi aje kan.

Kita tak boleh fikir semua benda, angkut semua perkara, PhD dalam semua bidang, sebab itu aku panggil sampling. Dan yang paling menarik, yang kita semua setujui, darjah ketepatan rumusan kita terhadap sesuatu sample bergantung pada huruf N, iaitu semakin banyak sampel kita ambil, semakin tepat keputusan kita dapat. 

Untuk fakihkan diri korang, untuk bina satu sistem mantap dalam fikiran korang, bacalah, belajarlah, tengoklah, sebanyak mungkin bahan-bahan ilmu. Baca semua buku tanpa prejudis, tanpa bias. Dr Fakir Naik, kelebihan dia hafal kitab semua agama, Quran, Bible, dan kitab-kitab Hindu. Jadi dia mampu buat perbandingan yang tepat. Kita yang agak slow ni, bolehlah buat sampling di MPH ke popular ke, beli buku-buku berfaedah yang telah dirumuskan oleh orang lain agar senang kita faham. Jangan pula korang pergi baling 'relung populasi' korang tu di MPH pulak, okey. Mana la tahu bendul, anon contohnya, pergi MPH, berdiri membelakangi rak buku, kemudian baling bingkai kayu empat segi dia tu. Dapat buku takpe, kalau dapat awek kaunter tu macam mana?

Luaskan horizon fikiran dengan menimba banyak-banyak ilmu dan buat analisis, insyaAllah, sebagaimana Allah beritahu ciptaanNya ini diciptakan masing-masing BERKADARAN, maka kita akan nampak satu pattern pada benda-benda yang kita proses di minda, dan dari situ kita mampu buat keputusan. Bukan kita ceduk cakap orang, ceduk ayat di blog, ceduk TV3, bukan main ceduk, lepas tu bising di kedai kopi, di FB, di blogger. Konon cerdik. (aku pun terasa jugak ni). Yang penting, banyakkan diam dan berfikir. Pasti sekali korang bersuara, perkataan korang akan dipenuhi hikmah dan kebijaksanaan, sebab korang mempunyai sistem penapisan yang mantop.